Thursday, September 4, 2008
Bina Laman WEB Kembangkan Perniagaan
![]() Pelbagai opsyen boleh digunakan hasilkan laman web profesional PENIAGA kecil dan sederhana sering berdepan masalah untuk meluaskan capaian produk dan perkhidmatan mereka, apabila tidak memanfaatkan sebaik mungkin pelbagai jaringan pemasaran terkini yang ada. Antara cara paling berkesan bagi golongan berkenaan memaksimumkan rangkaian perniagaan mereka adalah mencuba pemasaran di dalam laman web atau lebih popular dipanggil e-perniagaan. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempunyai pengalaman membina laman web sendiri? Soalan ini biasa ditanya di mana-mana forum berkaitan cara membina laman web yang mudah memandangkan ramai kalangan peniaga kecil tidak mempunyai pendedahan yang cukup terhadap teknologi maklumat (IT) atau hanya memiliki kemahiran asas menggunakan kemudahan itu. Dunia web yang semakin berkembang pesat membolehkan beberapa opsyen diberikan kepada mereka yang ingin membina laman web sendiri bagi mengembangkan perniagaan ke dunia maya, berbanding cara pemasaran konvensional. Sebenarnya, terdapat beberapa cara yang cukup mudah untuk membina laman web pertama anda dan kebanyakannya hanya menggunakan pendekatan ‘click and drag’, tanpa perlu menggunakan spesifikasi berat seperti yang biasa digunakan laman web korporat. Antara pilihan utama dan paling popular di kalangan pengusaha e-perniagaan masa kini adalah menerusi Blogspot, yang biasa digunakan ‘blogger’ untuk memaparkan pendapat mereka menerusi ‘posting’. Blogspot lebih berkonsepkan kegunaan peribadi tetapi jika anda menggunakan ‘template’ yang tepat dengan konsep perniagaan, ia akan menjadi seperti laman web profesional. ![]() Perkhidmatan Blogspot adalah percuma, tetapi dengan bayaran serendah AS$10 anda boleh mendapatkan ‘domain name’ laman web berakhir .com, bagi menjadikan laman web yang dibina kelihatan lebih profesional. Proses membina laman web menggunakan Blogspot adalah cukup mudah. Anda hanya perlu melayari laman web yang tertera di atas untuk mendaftar buat pertama kali. Seterusnya, anda perlu menamakan laman web yang anda rasakan cukup kuat untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Sebagai contoh, pelbagai nama yang menarik dan mudah diingat diberikan oleh peniaga untuk mempopularkan produk atau perkhidmatan mereka di Internet seperti menjual arnab (http://vraf.blogspot.com) dan menjual kuih tradisional secara online (http://kuihtradisional.com/) Seterusnya, anda boleh memilih ‘template’ atau latar belakang laman web yang digemari. Bagaimanapun, ‘template’ ini boleh diubah atau direka sendiri menggunakan pelbagai ‘script’ yang boleh didapati di Internet. Sesebuah laman web yang menekankan konsep e-perniagaan pasti tidak akan lengkap jika tidak meletakkan ‘posting’ yang menarik perhatian pengunjung. ‘Posting’ yang diberikan tidak perlu berjela-jela seperti ‘blogger’ biasa menulis, cukup sekadar menerangkan jenis produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, cara mendapatkannya, cara bayaran dan beberapa maklumat lain yang dirasakan perlu dimuatkan. Anda boleh melihat contoh pembangun laman web http://kuihtradisional.com/ meletakkan susunan pek kuih traditional yang ditawarkan mengikut jenis bentuk dan keutamaan, sekali gus memudahkan pelanggan membuat pilihan. Apa yang penting, setiap ‘posting’ yang diletakkan itu sebaik-baiknya perlu diperkemaskan dengan gambar produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kerana ini adalah fungsi utama sesebuah laman web itu dibangunkan. Anda boleh meletakkan gambar produk atau perkhidmatan ini dengan beberapa cara. Antara cara yang mudah dan interaktif adalah dengan memuat turun perisian Picasa (picasa.google.com) kerana menerusinya, anda boleh memindahkan gambar terus ke dalam laman web. Bagi membolehkan komunikasi dua hala dengan pelanggan, anda boleh memuatkan ‘widget’ komen di dalam laman web. Antara laman web yang menawarkan perkhidmatan ini termasuk Widgetbox (www.widgetbox.com), yang mana anda boleh memuat turun ‘widget’ komen yang disediakan dan ditampal ke dalam laman web menerusi fungsi html. Selain gambar, anda juga boleh meletakkan video ke dalam laman web dan antara cara yang paling mudah adalah menggunakan perkhidmatan video paling popular, YouTube (www.youtube.com) dengan meletakkan ‘link’ video yang dinaik turun ke dalam laman web video popular itu ke dalam fungsi html. Selain Blogspot, satu lagi perkhidmatan hampir serupa yang boleh digunakan adalah Wordpress, yang juga biasa digunakan oleh kebanyakan ‘blogger’ dan digemari oleh golongan profesional kerana ‘template’ lebih kemas dan padat. Bagaimanapun, popularitinya lebih rendah berbanding Blogspot kerana terdapat beberapa fungsi yang memerlukan penggunanya membayar sebelum dapat menggunakan perkhidmatan disediakan. Bagi yang lebih cekap dan mahir dengan perisian seperti Microsoft Frontpage dan Macromedia Dreamweaver, mereka biasanya lebih gemar membangunkan laman web dengan cara HTML/Javascript. Walaupun kelihatan sukar, menghasilkan laman web menggunakan HTML dan JavaScript adalah agak mudah kerana pelbagai tutorial boleh didapati di Internet, malah perisian Microsoft Frontpage dan Macromedia Dreamweaver memudahkan kerja anda dengan fungsi ‘drag and drop’. Bagaimanapun, harus diingat kerana untuk memastikan laman web kekal mendapat sambutan pengunjung, anda perlu sentiasa mengemaskininya dengan meletakkan ‘posting’ dan gambar terbaru bagi mengelakkan pengunjung cepat merasa bosan dengan produk yang ditawarkan. Jika anda serius dalam bisnes tetapi ingin menjimatkan kos pembelian laman web dan sukar untuk belajar kod HTML yang panjang berjela, saya nasihatkan anda untuk mendapatkan pakej yang ditawarkan EDOREY seperti MyPortal Whizz . Dapatkan pada harga serendah RM 50 hingga RM 499 . Anda pasti tidak menyesal.Hubungi kami di laman MyPortal ini untuk membuat tempahan anda sekarang. Cepat sebelum kehabisan kerana stok untuk MyPortal Whizz hanya untuk 1.5 juta rakyat Malaysia sahaja. Jadi, dapatkan hari ni. Jangan tunggu sehingga kehabisan. Nanti anda yang akan menyesal tak sudah sebab perniagaan anda tidak dapat berkembang seperti usahawan lain. Labels: tips |
posted by editor at 7:04 PM



