Product ...

Services ...

Other things ...

Wednesday, September 17, 2008
Hatimah Bangga Jadi Tukang Kasut
SEREMBAN - Demi rezeki untuk menyara anak-anak, Hatimah Atan tekad menangkis tanggapan bahawa golongan wanita tidak sesuai menjadi tukang kasut kerana sinonim dengan sifat lemah lembut.

Bagi Hatimah, 35, tidak ada apa yang hendak dimalukan dengan menjadi tukang kasut di kaki lima asalkan kemahuan menyara diri dan anak-anak mengatasi segala-galanya.

"Pada mulanya memang saya berasa malu untuk menjadi tukang kasut di kaki lima, tetapi saya mencari rezeki untuk menyara anak-anak. Tambahan pula sekarang suami saya tidak berapa sihat.

"Apa yang penting di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan," katanya ketika ditemui sedang sibuk membaiki kasut yang rosak di kaki lima sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

Beliau yang berasal dari Melaka menambah, tidak banyak golongan wanita terutama rakyat Malaysia menceburi bidang pertukangan kasut ini mungkin disebabkan terpaksa bekerja di kaki lima.

Bagi Hatimah, walaupun pekerjaan tersebut sering dipandang rendah, tetapi sumbangannya kepada masyarakat tetap besar.

"Saya telah buktikan bahawa wanita bukan sekadar duduk di rumah atau bekerja dalam bilik hawa dingin, tetapi juga sanggup bekerja di kaki lima demi mendapatkan rezeki," katanya.

Ujarnya yang menjadi tukang kasut sejak lima tahun lalu, beliau menerima sekurang-kurangnya tujuh pasang kasut dalam sehari dan meningkat sehingga 30 pasang pada hari minggu dan cuti umum.

Labels:

Wednesday, September 10, 2008
Jual Kuih 10 Sen Pun Untung
BALING - Tidak ramai peniaga yang sanggup menjual kuih dengan harga 10 sen sebiji tetapi itulah yang dilakukan seorang suri rumah Halipah Dahaman apabila tidak pernah menaikkan harga kuihnya sejak 26 tahun lepas.

Halipah, 52, menyifatkan kenaikan harga barang bukan menjadi halangan untuk beliau mengekalkan harga kuih 10 sen sebiji kerana beliau masih mendapat keuntungan apabila kuantiti yang dijual itu adalah banyak.

Beliau membuat lebih sepuluh jenis kuih termasuk tepung talam, pulut seri muka, kuih lompang, cucur udang, kuih keria dan buah melaka, yang kesemuanya dijual dengan harga 10 sen sebiji.

Halipah berkata, terdapat peniaga di Pasar Ramadan yang tidak begitu senang dengannya kerana beliau dapat menghabiskan kuih yang dijualnya di pasar itu dalam tempoh sejam selepas membuka gerai.

"Memanglah ramai peniaga yang tidak begitu senang dengan cara saya berniaga kerana menjual kuih pada harga yang begitu murah tetapi bagi saya ia adalah cara saya mendapat pelanggan," katanya kepada Bernama ketika di temui di sini semalam.

Mengenai rahsia membolehkan beliau menjual kuih dengan harga yang murah, Halipah berkata setiap sekilogram tepung gandum sebenarnya boleh menghasilkan hampir 200 biji kuih.

Beliau berkata, pelanggannya berpuas hati dengan kuih yang dibuatnya bukan sahaja kerana ia murah, tetapi sedap kerana dibuat menggunakan bahan yang cukup dan mengadun setiap bahan kuih seperti untuk dihidang kepada keluarga sendiri. - Bernama

Labels:

Thursday, September 4, 2008
Bina Laman WEB Kembangkan Perniagaan
INTERAKTIF: Anda boleh meletakkan video ke dalam laman web bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan ditawarkan.
Pelbagai opsyen boleh digunakan hasilkan laman web profesional

PENIAGA kecil dan sederhana sering berdepan masalah untuk meluaskan capaian produk dan perkhidmatan mereka, apabila tidak memanfaatkan sebaik mungkin pelbagai jaringan pemasaran terkini yang ada.

Antara cara paling berkesan bagi golongan berkenaan memaksimumkan rangkaian perniagaan mereka adalah mencuba pemasaran di dalam laman web atau lebih popular dipanggil e-perniagaan.

Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempunyai pengalaman membina laman web sendiri?

Soalan ini biasa ditanya di mana-mana forum berkaitan cara membina laman web yang mudah memandangkan ramai kalangan peniaga kecil tidak mempunyai pendedahan yang cukup terhadap teknologi maklumat (IT) atau hanya memiliki kemahiran asas menggunakan kemudahan itu.

Dunia web yang semakin berkembang pesat membolehkan beberapa opsyen diberikan kepada mereka yang ingin membina laman web sendiri bagi mengembangkan perniagaan ke dunia maya, berbanding cara pemasaran konvensional.

Sebenarnya, terdapat beberapa cara yang cukup mudah untuk membina laman web pertama anda dan kebanyakannya hanya menggunakan pendekatan ‘click and drag’, tanpa perlu menggunakan spesifikasi berat seperti yang biasa digunakan laman web korporat.

Antara pilihan utama dan paling popular di kalangan pengusaha e-perniagaan masa kini adalah menerusi Blogspot, yang biasa digunakan ‘blogger’ untuk memaparkan pendapat mereka menerusi ‘posting’.

Blogspot lebih berkonsepkan kegunaan peribadi tetapi jika anda menggunakan ‘template’ yang tepat dengan konsep perniagaan, ia akan menjadi seperti laman web profesional.
BANYAK PILIHAN: Pelbagai laman web sedia ada boleh dicontohi.
Perkhidmatan Blogspot adalah percuma, tetapi dengan bayaran serendah AS$10 anda boleh mendapatkan ‘domain name’ laman web berakhir .com, bagi menjadikan laman web yang dibina kelihatan lebih profesional.

Proses membina laman web menggunakan Blogspot adalah cukup mudah. Anda hanya perlu melayari laman web yang tertera di atas untuk mendaftar buat pertama kali.

Seterusnya, anda perlu menamakan laman web yang anda rasakan cukup kuat untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Sebagai contoh, pelbagai nama yang menarik dan mudah diingat diberikan oleh peniaga untuk mempopularkan produk atau perkhidmatan mereka di Internet seperti menjual arnab (http://vraf.blogspot.com) dan menjual kuih tradisional secara online (http://kuihtradisional.com/)

Seterusnya, anda boleh memilih ‘template’ atau latar belakang laman web yang digemari. Bagaimanapun, ‘template’ ini boleh diubah atau direka sendiri menggunakan pelbagai ‘script’ yang boleh didapati di Internet.

Sesebuah laman web yang menekankan konsep e-perniagaan pasti tidak akan lengkap jika tidak meletakkan ‘posting’ yang menarik perhatian pengunjung.

‘Posting’ yang diberikan tidak perlu berjela-jela seperti ‘blogger’ biasa menulis, cukup sekadar menerangkan jenis produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, cara mendapatkannya, cara bayaran dan beberapa maklumat lain yang dirasakan perlu dimuatkan.

Anda boleh melihat contoh pembangun laman web http://kuihtradisional.com/ meletakkan susunan pek kuih traditional yang ditawarkan mengikut jenis bentuk dan keutamaan, sekali gus memudahkan pelanggan membuat pilihan.

Apa yang penting, setiap ‘posting’ yang diletakkan itu sebaik-baiknya perlu diperkemaskan dengan gambar produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kerana ini adalah fungsi utama sesebuah laman web itu dibangunkan.

Anda boleh meletakkan gambar produk atau perkhidmatan ini dengan beberapa cara. Antara cara yang mudah dan interaktif adalah dengan memuat turun perisian Picasa (picasa.google.com) kerana menerusinya, anda boleh memindahkan gambar terus ke dalam laman web.

Bagi membolehkan komunikasi dua hala dengan pelanggan, anda boleh memuatkan ‘widget’ komen di dalam laman web.

Antara laman web yang menawarkan perkhidmatan ini termasuk Widgetbox (www.widgetbox.com), yang mana anda boleh memuat turun ‘widget’ komen yang disediakan dan ditampal ke dalam laman web menerusi fungsi html.

Selain gambar, anda juga boleh meletakkan video ke dalam laman web dan antara cara yang paling mudah adalah menggunakan perkhidmatan video paling popular, YouTube (www.youtube.com) dengan meletakkan ‘link’ video yang dinaik turun ke dalam laman web video popular itu ke dalam fungsi html.

Selain Blogspot, satu lagi perkhidmatan hampir serupa yang boleh digunakan adalah Wordpress, yang juga biasa digunakan oleh kebanyakan ‘blogger’ dan digemari oleh golongan profesional kerana ‘template’ lebih kemas dan padat.

Bagaimanapun, popularitinya lebih rendah berbanding Blogspot kerana terdapat beberapa fungsi yang memerlukan penggunanya membayar sebelum dapat menggunakan perkhidmatan disediakan.

Bagi yang lebih cekap dan mahir dengan perisian seperti Microsoft Frontpage dan Macromedia Dreamweaver, mereka biasanya lebih gemar membangunkan laman web dengan cara HTML/Javascript.

Walaupun kelihatan sukar, menghasilkan laman web menggunakan HTML dan JavaScript adalah agak mudah kerana pelbagai tutorial boleh didapati di Internet, malah perisian Microsoft Frontpage dan Macromedia Dreamweaver memudahkan kerja anda dengan fungsi ‘drag and drop’.

Bagaimanapun, harus diingat kerana untuk memastikan laman web kekal mendapat sambutan pengunjung, anda perlu sentiasa mengemaskininya dengan meletakkan ‘posting’ dan gambar terbaru bagi mengelakkan pengunjung cepat merasa bosan dengan produk yang ditawarkan.

The Easy Way To Create Website - You Can Do It YourselfJika anda serius dalam bisnes tetapi ingin menjimatkan kos pembelian laman web dan sukar untuk belajar kod HTML yang panjang berjela, saya nasihatkan anda untuk mendapatkan pakej yang ditawarkan EDOREY seperti MyPortal Whizz . Dapatkan pada harga serendah RM 50 hingga RM 499 . Anda pasti tidak menyesal.

Hubungi kami di laman MyPortal ini untuk membuat tempahan anda sekarang. Cepat sebelum kehabisan kerana stok untuk MyPortal Whizz hanya untuk 1.5 juta rakyat Malaysia sahaja. Jadi, dapatkan hari ni. Jangan tunggu sehingga kehabisan. Nanti anda yang akan menyesal tak sudah sebab perniagaan anda tidak dapat berkembang seperti usahawan lain.

Labels: